Saturday, January 2, 2010

Pakej Langkawi Terkini January 2010 !!!!

Pakej Penutup tahun 2009 bersama dengan Kumpulan Pelancong dari Negara Myanmar.Gambar kenang2an semasa melawat ke 'Cable Car' di Gunung Mat Chinchang.Harga untuk Pelawat Asing adalah RM30.00 & Pelawat Tempatan RM15.00 (Mycard)

Gambar kenang2an dihadapan pintu masuk utama ke Oriental Village - Cable Car.

Gambar beramai-ramai di Dataran Helang,Kuah

Pengkalan Jeti Kilim Geoforest untuk ke Mangroove Safari (Pengembaraan Hutan Bakau)

Sesi bergambar di Punchak Cable Car di Gunung Mat Chinchang

Kenang2an semasa memasuki Gua Kelawar di Kilim Geoforest dalam aktiviti Mangroove Safari.

Pastikan anda memakai Jaket Keselamatan semasa menaiki Bot untuk ke Aktiviti Mangroove Safari.Pakej/Aktiviti yang menyeronokan ketika melawat Langkawi.
Ketika berada di aras Menara yang tertinggi di Puncak Gunung Mat Chinchang.

Tambahan Pakej lawatan untuk Kumpulan Pelancong dari Myanmar....melawat ke Pulau Pinang dan singgah ke Sleeping Buddha untuk mereka melawat ke 'Temple' & bersembahyang.

Burmese Buddhist Temple (Tokong Buddha Burma) yang terdapat di Pulau Pinang atau lebih di kenali sebagai 'Sleeping Buddha'.


Monday, November 9, 2009

Pengembaraan Hutan Bakau - Mangroove Safari

Pengembaraan bermula menaiki bot ke lokasi yang telah ditetapkan.....Untuk perjalanan sebuah bot hanya 10 penumpang yang di syorkan sahaja.Perjalanan untuk pengembaraan hutan bakau ini akan melalui 3 aktiviti -
1. Memberi makan burung helang,
2. Melawat & bermain bersama ikan di sangkar ikan.Anda berpeluang bermain bersama ikan 'sumpit",memberi ikan pari makan dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan.
3. Melawat Gua Kelawar
Aktiviti memberi burung helang makan di Kilim GeoForest Park & sambil menikmati keindahan alam semulajadi hutan bakau.Suatu pengalaman yang menyeronokan melihat sang helang terbang rendah sambil menyambar makanan yang telah ditaburkan diatas air.

Pemandangan ketika berada di dalam bot berlatarbelakang Pulau di Kilim Geoforest Park.Kumpulan ini sempat berlabuh seketika untuk merakamkan gambar kenang2an sewaktu menghampiri pulau yang bertandakan Kilim Geoforest Park.

Aktiviti yang terdapat di Sangkar Ikan - Pelancong di ajar bagaimana untuk memberi seekor Ikan Pari makan.....Pastikan anda mencuba & rasai pengalaman bersama Ikan Pari....Tapi Awas ikan Pari adalah berbisa dengan sengatan.
Sang Helang berebut-rebut turun untuk mendapatkan makanan yang telah di taburkan...

Pelancong memegang sejenis hidupan di laut yang di panggil 'Belangkas'.Hidupan ini juga terdapat di Kolam Sangkar Ikan.

Dua Pelancong mencuba bermain bersama Ikan Pari di kolam sangkar ikan.

Gua adalah satu kawasan yang di kaitkan dengan sesuatu misteri....Ini adalah gua yang di penghuni oleh ribuan sang kelawar.Jangan lepaskan peluang jika melancong ke Pulau Lagenda!!!

Lorong Utama untuk memasuki ke gua kelawar.Berhati-hatilah semasa memasuki kawasan ini kerana lorong untuk memasuki sangat rendah.Ingat jangan dah terantuk baru nak tergadah!!!

Laluan pejalan kaki yang menghubungkan di antara 2 gua di Gua Kelawar

Ribuan Kelawar yang bergantungan di dalam Gua Kelawar.Apabila mendongak untuk melihat!!! anda tidak digalakkan membuka mulut!!!

PAKEJ PENGEMBARAAN HUTAN BAKAU - RM35.00 Seorang
1. Memberi Sang Helang makan dengan menaiki bot
2. Melawat/Memberi makan ikan di Sangkar Ikan
3. Melawat/Memasuki/Melihat Kelawar di Gua Kelawar

Langkawi Terkini!!!! November 2009

Pameran LIMA 2009

Permainan/Pertunjukan Alat Musik Traditional di Makam Mashuri secara langsung pada setiap hari.Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk melihat/mendengar alunan musik tersebut.
Gamat.....sejenis hidupan laut yang memberikan pelbagai rashia perubatan.Pengeluaran produk-produk gamat amatlah popular di Pulau Lagenda ini.....

Kereta Kabel adalah satu tarikan yang terdapat di Pulau Lagenda......Anda!!! jangan terlepas peluang untuk merasai/mengalami kenangan & pemandangan yang cukup sukar untuk di lupakan......Harga tiket hanya RM15.00 sahaja untuk dewasa.Harga untuk Pelancong Asing/Luar Negara RM30.00

Pemandangan di Kilang pengeluaran gamat Nusantara.Pelbagai jenis produk pengeluaran hasil dari Gamat boleh didapati di Kilang ini





Thursday, October 29, 2009

Pakej Percutian Ke Pulau Langkawi


Penerangan dari Pemandu Pelancong sebelum memasuki Gua Kelawar
Pemandu Pelancong sedang memberi makan ikan Pari di Sangkar ikan dalam aktiviti Mangroove Safari,pastikan anda mencuba!!!!!


Pertunjukan bermain dengan Sang Buaya di Taman Buaya,Teluk Datai.Anda di nasihatkan tidak sesekali mencuba.......... Waktu/Masa pertunjukan adalah pada pukul 10 pagi & 3 petang setiap hari termasuk bermain dengan Sang Buaya dan memberi Sang Buaya makan.

Pintu Gerbang Utama masuk ke Station Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang.Operasi Kereta Kabel adalah tertakluk kepada keadaan cuasa & tiupan angin.Sekiranye berlaku tiupan angin yang kuat operasi melebihi had yang ditentukan maka operasi akan di tutup sehingga keadaan pulih.Operasi juga di lengakapi dengan alat pengesan automatik kelajuan angin.
  1. Taman Buaya di Teluk Datai,Langkawi


    RESORT / HOTEL LANGKASUKA (3*) – PEKAN KUAH

    PAKEJ TERMASUK:

    > PENGANGKUTAN VAN/BAS PERSIARAN KE KUALA PERLIS
    > TIKET FERI KUALA PERLIS/KUAH/KUALA PERLIS
    > PENGANGKUTAN DARI JETI KUAH/HOTEL/JETI KUAH
    > ½ HARI LAWATAN DI PULAU LANGKAWI
    **Under Water World (RM28.00)
    **Pengeluaran Gamat (Percuma)
    **Station Cable Car (RM15.00)
    **Makam Mashuri (RM5.00)
    **Beras Terbakar (Percuma)
    **Membeli Belah di Pekan Kuah
    **Mangroove Safari (RM35.00,Helang Makan,Sangkar Ikan & Gua Kelawar)

    > PEMANDU PELANCONG SEMASA LAWATAN(Bas Sahaja)
    > 1 MALAM PENGINAPAN (Twin Sharing)
    > 1 X SARAPAN PAGI DI HOTEL – Buffet
    > BONUS – LAWATAN KE PDG BESAR


    HARGA PAKEJ RM280.00 Bersih Seorg (Dewasa)

    CATITAN:
    PAKEJ TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN BILIK PENGINAPAN
    PAKEJ TIDAK TERMASUK TIKET UTK LAWATAN(Entrance Fees)
    CAJ TAMBAHAN RM15.00 SEORG SEMLM SEMASA CUTI SEKOLAH @ CUTI UMUM

    JADUAL PERJALANAN PAKEJ (2 HARI & 1 MALAM)

    HARI PERTAMA
    8.00 mlm > Bertolak ke Kuala Perlis
    12.00 pg > Berhenti Rehat di R & R Tapah
    04.00 pg > Berhenti Rehat di R & R Gurun

    HARI KEDUA
    06.00 pg > Di Jangka sampai di Jeti Kuala Perlis
    07.00 pg > Menaiki Feri ke Jeti Kuah
    08.30 pg > Bertolak untuk lawatan keliling pulau:-
    *Pengeluaran Gamat
    *Makam Mashuri
    *Station Cable Car
    *Beras Terbakar
    *Under Water World
    *Shopping di Pekan Kuah
    (Tidak termasuk bayaran tiket)
    3.00 ptg > Check-In Hotel
    3.30 ptg > Aktiviti Bebas

    HARI KETIGA
    7.30 pg > Sarapan Pagi di Hotel – Buffet
    8.30 pg > Check-Out Hotel
    9.30 pg > Bertolak ke Jeti Kuah
    10.30 pg > Menaiki Feri ke Kuala Perlis
    12.00 tgh > Bertolak ke Padang Besar
    12.45 tgh > Di Jangka sampai di P.Besar
    3.00 ptg > Bertolak balik
    11.00 mlm > Di Jangka sampai